Friday, February 14, 2014

Kisah breastfeeding ku..(Part 2)

Salam..

Dah baca kisah breastfeeding saya part 1? ha ni sambungannya pulak..kalau yang part 1 cerita pasal anak pertama, sekarang cerita pasal anak ke 2 pulak, miqael nama diberi..lahir pada bulan 7, tanggal pada 28haribulan, tahun 2013..lahir ikut tingkap..czer lerrr..masa si miqael ni lahir, si abang iskandar belum genap 1tahun lagi..kira lagi 2 minggu baru genap...ha expert kan aku ni..hahahahah..

Kan saya dah niat memang nak breastfeed kali ni..selepas dah keluar dewan bedah, dah masuk bilik, nurse pun bagi anak untuk menyusu..mula2 tu memang kekok, tambah pulak puting masih tenggelam lagi..selamat la miqael ni tak banyak ragam, dia ok jek..dapat je nenen terus pejam mata..tidur lah tu..sepanjang malam selepas lahirnya miqael, saya tak tidur..miqael asyik nak mengempeng jek..mungkin susu belum cukup matang lagi masa tu..mak saya minta bagi air zam zam sikit pada mulut nya..atau sapu sikit pada puting breast..sebab masa tu miqael tak reti nak melekap pada aerola betul2..menangis macam orang pukul dia selagi tak dapat nenen..akhirnya terpaksa jugak bagi air zam zam..masa tu, redha je lah..walaupun dah tahu tak bole bagi air pada baby bawah 6 bulan..  :(

Hari ke dua selepas miqael lahir, doktor dah suruh bangun..si miqael tengah tidur..doktor suruh pergi tandas untuk buang air kecil..baru jek nak masuk bilik air, miqael nangis nak susu..rasa tak larat sangat masa tu, then nurse kata susu kan dulu, tapi saya tak nak sbb dah sampai bilik air..ye lah kan kene czer, nak bangun pun susah, apatah lagi nak jalan..bila dah sampai bilik air, mmg saya tak nak patah balik la..nurse cakap terpaksa bagi fm..so saya tengah sakit tu terpaksa kata ya..nurse pun bawak pergi nursery & bagi dia susu fm guna syringe..ok..saya kalah lagi..sbb terpaksa topup bagi fm..
Then miqael pun dah tido..bila baby nanges lg sekali, nurse tanya baby nanges lg, nak susukan tak..ofcoz saya nak susukan dia..nurse pun hantar pada saya..alhamdulillah, lps balik dari hospital, dye hanya minum susu ibu nya sahaja..maknenya 2kali saja sy bagi dia minum fm..sehinggalah skrg, miqael masih lg breastfeed..saya dah dpt diploma in breastfeeding..sbb miqael dah minum susu ibu sahaja selama 6bulan..now miqael almost 7months..& dia dah makan solid food..alhamdulillah..saya masih meneruskan perjuangan bf ni..even ibu muda n ibu tua pin dah sedar betapa pentingnya bf..

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment, i will reply as soon as possible. :)