Friday, February 14, 2014

Kisah breastfeeding ku..(Part 2)

Salam..

Dah baca kisah breastfeeding saya part 1? ha ni sambungannya pulak..kalau yang part 1 cerita pasal anak pertama, sekarang cerita pasal anak ke 2 pulak, miqael nama diberi..lahir pada bulan 7, tanggal pada 28haribulan, tahun 2013..lahir ikut tingkap..czer lerrr..masa si miqael ni lahir, si abang iskandar belum genap 1tahun lagi..kira lagi 2 minggu baru genap...ha expert kan aku ni..hahahahah..

Kan saya dah niat memang nak breastfeed kali ni..selepas dah keluar dewan bedah, dah masuk bilik, nurse pun bagi anak untuk menyusu..mula2 tu memang kekok, tambah pulak puting masih tenggelam lagi..selamat la miqael ni tak banyak ragam, dia ok jek..dapat je nenen terus pejam mata..tidur lah tu..sepanjang malam selepas lahirnya miqael, saya tak tidur..miqael asyik nak mengempeng jek..mungkin susu belum cukup matang lagi masa tu..mak saya minta bagi air zam zam sikit pada mulut nya..atau sapu sikit pada puting breast..sebab masa tu miqael tak reti nak melekap pada aerola betul2..menangis macam orang pukul dia selagi tak dapat nenen..akhirnya terpaksa jugak bagi air zam zam..masa tu, redha je lah..walaupun dah tahu tak bole bagi air pada baby bawah 6 bulan..  :(

Hari ke dua selepas miqael lahir, doktor dah suruh bangun..si miqael tengah tidur..doktor suruh pergi tandas untuk buang air kecil..baru jek nak masuk bilik air, miqael nangis nak susu..rasa tak larat sangat masa tu, then nurse kata susu kan dulu, tapi saya tak nak sbb dah sampai bilik air..ye lah kan kene czer, nak bangun pun susah, apatah lagi nak jalan..bila dah sampai bilik air, mmg saya tak nak patah balik la..nurse cakap terpaksa bagi fm..so saya tengah sakit tu terpaksa kata ya..nurse pun bawak pergi nursery & bagi dia susu fm guna syringe..ok..saya kalah lagi..sbb terpaksa topup bagi fm..
Then miqael pun dah tido..bila baby nanges lg sekali, nurse tanya baby nanges lg, nak susukan tak..ofcoz saya nak susukan dia..nurse pun hantar pada saya..alhamdulillah, lps balik dari hospital, dye hanya minum susu ibu nya sahaja..maknenya 2kali saja sy bagi dia minum fm..sehinggalah skrg, miqael masih lg breastfeed..saya dah dpt diploma in breastfeeding..sbb miqael dah minum susu ibu sahaja selama 6bulan..now miqael almost 7months..& dia dah makan solid food..alhamdulillah..saya masih meneruskan perjuangan bf ni..even ibu muda n ibu tua pin dah sedar betapa pentingnya bf..

Thursday, February 13, 2014

Kisah Breastfeeding ku..(Part 1)

Masa anak pertama saya lahir, Iskandar nama diberi, masa tu tak pernah kisah pun pasal breastfeeding ni..even tak pernah ambil tahu pun pasal pump susu, milkbooster ke, gadget2 breastfeeding ke..serius tak tahu menahu langsung..cuma tahu beli barang2 baby..hubby ada gak belikan pump susu manual pureen, tapi masa tu buat endah tak endah jek..betapa jahilnya masa tu..  :(

Lepas sahaja Iskandar lahir, baru lah saya google semua pasal breastfeeding termasuklah gadget bf..masa tu tahu kedai online autumnz.com jek..hari kedua selepas iskandar lahir, malam tu tak leh tidur..iskandar meragam, mungkin sbb susu saya tak keluar lagi masa tu..so terpaksalah topup dengan formula milk (fm)..sampai lah hari ke tujuh, baru lah susu ada..then saya masih lg menyusukan iskandar macam biasa..kadang2 terpaksa jugak topup fm sekali sekala..takut dia lapar..sebab asyik merengek jek..masa tu rasa tak bersalah langsung bagi anak minum fm..rasa mcm fm lg senang..ishhhh..sangat jahil masa tu..kesian iskandar sebab tak dapat hak dia untuk minum susu ibu nya sendiri..kemudian saya suruh hubby beli pump susu yang murah..then hubby pon beli pump susu pureen yang elektrik tu. harga dalam rm150..masa tu rasa MAHAL GILA! tapi sbb dah bengkak susu, so beli je la..kan saya cakap saya tak tahu menahu langsung pasal pump..rupa2nya ada pump lagi mahal dari tu..sampai cecah ribuan ringgit..haahaha..

Suatu hari, masih dalam pantang lg..rasanya minggu ke 4 pantang, iskandar meragam waktu malam..rupa2nya sakit perut/kembung..mak tanya, ada makan apa2 ke siang tadi..saya kata makan yg mak masak je la dan makan coklat cadbury..banyak jugak makan coklat tu..mungkin sbb tu dia meragam..sejak tu, saya dah tak pump susu..siap cakap kat mak, bagi je la susu fm, malas dah nak perah..Akibat malas nak perah, bengkak susu jadi nya..tp saya wat tak tahu jek..sampai la lama2 kering susu tu..

Apabila iskandar sudah 2 bulan lebih, saya teringin nak relaktasi balik..masa tu jenuh google segala pasal breastfeeding..siap cakap kat hubby nak menyusu anak dia balik..hubby pun sokong..so start dari tu saya kira segala kos untuk breastfeeding..pump, botol susu, breastpad, beg pump dan macam2 lagi lah..pernah email kat seorang pakar laktasi, tanya dia macam mana nak relaktasi balik..saya siap beli supplement untuk tambah susu badan..mula2 pam, keluar angin, hari ketiga pump, angin jugak keluar..then masuk seminggu pump, keluar susu, tp colostrum..masa tu besyukur..tapi sayangnya, iskandar tak nak hisap direct dari breast saya..siap beperang dengan dia, menangis bagai..buat skin to skin contact, dia tetap tak nak..lama2, saya TEWAS! terus tak jadi relaktasi balik..hubby pun cakap tak apa lah..tak ada rezeki untuk iskandar..masa tu, sedih..tapi diam jek..finally, until now, fm yang dia minum..asalkan dia kenyang dan sihat..

One day, saya menyesal sebab tak dapat bagi iskandar susu ibu..sebab apa saya menyesal..sebab tengok iskandar selalu selsema, batuk, demam..masa tu baru lah sedar..huh..jahil sungguh mama mu iskandar..

Apabila iskandar hampir 3 bulan lebih, i'm expecting again..masa tu macam tak percaya, terkejut..bila cakap kat hubby, dia lagi lah tak percaya..tapi dah rezeki, kami terima seadanya..bila dapat tahu jek preggy lagi, terus berazam kali ni nak fully breastfeed..siap beli pump spectra 3..complete set dengan bag..sebenarnya masa tu aim medela freestyle..tp sayang sebab beli kat onebabyworld..tak boleh nak bayar ansur2 dulu..so beli je la spectra 3 since banyak good feedback..semangat sangat nak bf anak no. 2..  :)

Bersambung di part 2..

Salam sayang dari Myra Rahim  :)

Saya budak baru..

Salam semua pembaca..

Saya budak baru dalam ber-blogging ni..almaklumlah baru nak belajar..semua yang saya nak post, kebanyakannya pasal breastfeeding, review/testimoni barang yang saya dah guna/pakai dan apa saja pengalaman yang saya alami mengenai parenthood..apa saja lahhh..

Eh lupa lak nak buat sesi pengenalan diri..heheehe..

Saya myra..seorang anak perempuan kepada ibubapa tercinta, seorang isteri kepada suami tercinta, dan juga seorang mama kepada anak-anak tersayang..

Hope readers semua enjoy reading blog saya..anything, nak suarakan pendapat ke, nak share ke, nak tanya apa2 ke boleh email saya di myrfazcollection@gmail.com..in sha allah saya akan jawab apa yang saya tahu..

:) Salam sayang dari Myra Rahim